SEKOLAH

SEJARAH SK DATUK USMAN AWANG KOTA TINGGI





Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang ( SKDUA ) telah dibuka pada 01 Disember 1994. Pada awal penubuhannya, nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi. Sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Januari 1995 apabila guru besar dilantik bertugas di sekolah ini. Pada awal pembinaan, kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, musollah, bilik kesihatan, bilik kaunseling, kedai buku, bilik guru, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan stor am. Sekolah ini dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimulakan pada tahun 1992 dengan nilaian projek kurang 2.5 juta. Sekolah ini terletak di ( Jalan Bunga Raya, Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi, Johor [Tel/Fax - 078834233] ) dengan keluasan tapak, 2 ekar. Pada tahun 2009, tambahan 1 blok bangunan 4 tingkat dibina untuk murid-murid pendidikan khas. Lokasi sekolah, di bahagian timur ialah Sekolah Menengah Teknik. Di bahagian barat ialah kawasan perumahan dan Asrama Anak Yatim. Manakala di bahagian utara ialah Sekolah Kebangsaan Laksamana (Intergrasi) dan SJK(C) New Kota. Bilangan pelajar sekarang seramai 444 orang, termasuk 25 orang murid prasekolah dan 40 murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Manakala bilangan guru seramai 46 orang dan 8 orang kakitangan sokongan terdiri daripada 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Juruteknik Komputer, seorang Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas.


MISI


VISI



No comments:

Post a Comment