OBJEKTIF SURAU

OBJEKTIF SURAU AL-EHSAN SKDUA

1 - Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
2 - Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
3 - Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau serta memanfaatkan masa sebaik-baiknya.
4 - Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah islamiah yang unggul.
5 - Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
6 - Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.

PIAGAM PELANGGAN SURAU AL-EHSAN SKDUA

>> Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
>> Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
>> Memastikan surau sebagai satu tempat ibadah yang kondusif dan selesa.
>> Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
>> Memaksimumkan penggunaan surau untuk perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajran.
>> Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.

PERATURAN SURAU AL-EHSAN SKDUA

* Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas, dan bersopan ketika ke surau.
* Dilarang memakai baju T-Shirt yang "fancy" atau mengandungi gambar dan perkataan yang tidak sesuai.
* Masuk ke surau dengan mengambil wuduk terlebih dahulu.
* Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri disertakan dengan doa.
* Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
* Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam serta berjabat tangan dengan jemaah lain.
* Duduk dengan keadaan yang khusyuk, bersopan serta mengadap kiblat.
* Memperbanyakan zikrullah ketika berada di surau.
* Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
* Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
* Di larang melintas di hadapan orang yang sedang solat.
* Digalakan berwirid, berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.

No comments:

Post a Comment